KOTA BHARU: Penglibatan wanita dalam pelbagai sektor pekerjaan terutama perniagaan di Kelantan bukan sesuatu yang asing malah sudah sebati dan menjadi budaya setempat.
Sejak berzaman wanita dari negeri Che Siti Wan Kembang ini telah dikenali sebagai wanita yang gigih dan cekal dalam meneroka pelbagai jenis perniagaan termasuk penghasilan produk makanan, batik serta pelbagai produk tempatan yang lain.
Semangat yang sama turut menjadi sumber kekuatan buat seorang petani wanita Rosmarizan Mohd Bakari, 40, yang mengusahakan tanah sawah seluas 50 ekar di Pasir Puteh selain mula berjinak dalam penanaman tebu yang diusahakan berdekatan rumahnya di Ketereh.
"Saya mula terdedah kepada kerja penanaman padi sejak di usia remaja kerana selalu mengikut ayah ke bendang dan belajar mengenai selok-belok bertani.
"Selepas ayah meninggal dunia 12 tahun lepas saya mengambil keputusan untuk menyambung pekerjaan itu dan menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama," katanya kepada Bernama baru-baru ini sempena sambutan Hari Wanita Sedunia hari ini.
Rosmarizan berkata pada awalnya beliau kurang yakin kerana mengusahakan sawah merupakan pekerjaan yang lasak selain terpaksa berjemur di bawah terik mentari.
"Bersandarkan sedikit pengalaman, saya nekad meneruskannya dan mampu menjana pendapatan kira-kira RM100,000 semusim," katanya.
Menurutnya selain mengaplikasikan ilmu yang dipelajari daripada arwah bapa beliau tidak pernah berhenti menimba ilmu berkaitan bidang pertanian termasuk teknologi terkini yang memudahkan kerja di sawah.
"Penggunaan dron misalnya banyak membantu memudahkan kerja-kerja menabur benih, meracun dan membaja, selain boleh menjimatkan kos mengupah pekerja yang ramai," katanya.
Berkongsi kisah jatuh bangun kerjaya yang dipilihnya itu, Rosmarizan memberitahu dia tidak pernah putus asa dalam meneruskan pekerjaan itu walaupun ada yang mempertikaikan kemampuannya.
"Ya, ada masa kita jatuh tapi saya tekad meneruskan bidang pertanian dan mengorak satu lagi langkah ke hadapan melalui tanaman tebu yang mula diusahakan sejak dua tahun lepas," katanya.
Beliau berkata bermula tahun lepas, dia mula menghasilkan air tebu sejuk beku untuk dijual kepada pelanggan tempatan iaitu sebanyak 6,000 botol sebulan yang dijual pada harga RM5 sebotol dan berjaya meraih pendapatan kira-kira RM40,000.
"Berikutan sambutan yang sangat menggalakkan, saya telah beri peluang kepada 10 ejen meluaskan perniagaan ini dengan memasuki pasaran luar Kelantan iaitu ke Pulau Pinang dan Johor," katanya.
--- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2024
Petani Rosmarizan Mohd Bakari menunjukkan anak pokok tebu telur ketika ditemui di Kampung Binjai, Ketereh. - Foto Bernama
Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
The Pocket Rocket Women mahu menimba ilmu dengan Azizulhasni Awang serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berpengalaman.
Kelantan cadang adakan pakej umrah menerusi penerbangan terus dari LTSIP
Cadangan itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, malah penduduk Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand.
Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik
Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia menandatangani MoU pelaksanaan operasi percubaan bas elektrik baharu Volvo BZL-GML Eco Range.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Penglibatan wanita dalam pengurusan tertinggi sektor swasta masih jauh daripada sasaran nasional
Penglibatan wanita dalam pengurusan tertinggi di sektor swasta masih jauh dari sasaran nasional, iaitu 30 peratus.
Cekal bergelar petani, wanita raih pendapatan lumayan
Penglibatan wanita dalam pelbagai sektor perniagaan di Kelantan bukan sesuatu yang asing malah sudah sebati dan menjadi budaya setempat.
Kadar penyertaan tenaga buruh wanita masih rendah - PM
Ismail Sabri berkata penglibatan golongan wanita bagi aspek kadar penyertaan dalam pasaran buruh masih rendah berbanding negara Asia Tenggara lain.
Wanita dan politik: Lihat sebagai pelengkap, bukan jadi pesaing
Kebanyakan kajian gender berpaksikan alat analsis barat, bermasalah kepada masyarakat yang tebal unsur kepercayaan adat dan adab seperti di Jepun dan Malaysia.
Digi syarikat pertama negara perkenal cuti bersalin enam bulan
Syarikat telekomunikasi Digi menjadi syarikat pertama di Malaysia memperkenalkan cuti bersalin selama enam bulan kepada warga kerjanya.